Wednesday, January 9, 2013

PENGENALAN

Salam sejahtera,

     Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada anda semua sebagai pengunjung yang setia dalam BLOG berupa informasi ini.

     Sebagai pengenalan, saya ingin menerangkan sedikit tentang BLOG ini. BLOG ini adalah merupakan BLOG yang dibina hanya untuk tujuan memberikan sedikit pengetahuan dan informasi kepada masyarakat yang ada diluar sana yang perlukan pengetahuan tentang sesuatu yang baharu. Walau bagaimanapun, mungkin maklumat ini adalah terhad hanya untuk pengunjung yang faham dalam Bahasa Melayu sahaja.

     BLOG yang ingin saya kongsikan ini adalah berkenaan dengan spesies ikan yang terdapat di sungai kawasan Mukim Rosok. Mungkin spesies-spesies ini juga terdapat di sungai-sungai yang terdapat di seluruh Malaysia namun mempunyai nama panggilan yang berbeza mengikut tempat dan bahasa pertuturan. Oleh itu, saya merasakan ianya adalah baik sebagai bahan perkongsian kepada setiap masyarakat yang inginkan sesuatu yang baru.

     Spesies-spesies ikan yang akan saya cuba muat naik ke dalam BLOG ini tidak dinyatakan secara saintifik iaitu tidak dijelaskan nama saintifik dan ciri-ciri kompleks spesies ikan tersebut. Walau bagaimanapun, serba sedikit tentang spesies itu akan saya berikan sendiri mengikut ciri-ciri berdasarkan pandangan mata kasar. Namun sesuatu itu adalah tidak akan sempurna hanya dengan satu sumber sahaja, oleh itu, saya juga turut menyarankan kepada para pembaca/pengunjung untuk turut memberikan komen dan respon berhubung penulisan ini. Sekian.

Yang Benar,
Penulis Blog,
Kamlit Kindan